To All Reader,
Minggu ini adalah minggu terakhir untuk 'Rebate Tunai & Pakej Melancong ke Guangzhou'... So masih sempat lagi kepada rakan2 dan sesiapa sahaja untuk mendapatkannya. Kenapa nak tunggu lagi sedangkan kita sudah tahu tentang kehebatan 'Berbisness dengan Premium Beautiful' ni. Nak tunggu orang lain berjaya dulu baru kita nak mulakan...? Nak tengok leader kita pakai kereta besar dulu baru kita nak mulakan...? Ataupun nak tunggu kawan2 yang dah join business ni post gambar2 melancong ke luar negara dan shopping sakan di sana, baru kita nak mulakan...?
Untuk berjaya perlukan "DOA+USAHA + PENGORBANAN" rezeki, kemewahan dan kesenangan takkan datang bergolek. Walaupun kita ni dilahirkan dalam keluarga yang senang dan kaya, cuba kita fikirkan... dari mana datangnya kesenangan itu kalau tidak diusahakan oleh ahli keluarga terdahulu dari kita,,,
Saya amat tertarik dengan satu artikel dari Billionaire Melayu Terkaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary untuk Forbes Asia,
semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial
dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu
meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena
berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita
tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi
orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini
hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan
manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA
PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA
DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.
4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu
buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan
yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu
menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju
dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi
dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita
boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New
York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak
bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam
berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA
TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK.
Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin
kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13.
Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai
persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA
TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH
TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.
14.
Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum
pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah
banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh
itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat
apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia.
Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan
kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya
bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini
kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan
saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda
daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena
kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri
melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA
BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya
mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU
KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat
keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada
kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya
memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan
untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan
kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN
KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya
lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan
perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan
diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya
semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan
orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed
Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam
ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG
ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk
saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat
yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak
tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta
atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang
menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih
takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu
selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak
hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU
BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita
buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana
hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU
SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .
26.
(perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah,
lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu
saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau
hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27.
Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila
pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan
dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun
sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti
orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa
kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran
yang perlukan bantuan
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke
Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI
SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada
kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN
PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG
ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit
masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT
KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA
SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab
ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada
lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya
tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada
cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle
ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang
saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun
cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab kenapa
orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa
pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena
tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada
sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN
ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA
BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS
ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD
DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .
39.TUHAN MEMBERI PELUANG
KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya
usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain
terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak
usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan
psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita
kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa
pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL
JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya
takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya
buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu
beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak
ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46.
Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup
mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat
banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT
LANGSUNG.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau
kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai
boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang
ramai boleh pakai.
48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU
ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu
bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat
saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih
tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa
saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan
ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN