Tuesday 31 January 2012

Mimpi Sabrina, Astro Prima.

Asalamualaikum Kawan-kawan. Saksikan drama "Mimpi Sabrina" sekarang (11pm - 12-pm) di Astro Prima.

Monday 30 January 2012

Sakit, Sakit, Sakit

Asalamualaikum Semua. Seperti yang kita tahu, tahap kesihatan kita semua pada masa sekarang amatlah tidak memuaskan. Tubuh badan kita juga dari hari ke hari makin lemah dan tidak berdaya lagi untuk melawan penyakit yang ada disekeliling kita daripada memasuki badan kita. Sesetengahnya berpunca dari keadaan persekitaran yang makin tercemar dan tidak mustahil juga dari gaya hidup serta cara pemakanan kita. Ada diantara kita yang kerap mengalami penyakit-penyakit seperti migraine, sakit pinggang, sakit di bahagian belakang badan, senggugut, haid yang tidak teratur, angin pasang, dan sebagainya. Kenapa ini semua berlaku..? Selain dari faktor-faktor di atas, perkerjaan dan cara pemakaian kita juga boleh mempengaruhi kehidupan kita seharian. Bayangkan pemakaian pakaian yang tidak sesuai serta persekitaran kerja yang tidak teratur, sempit dan sebagainya sedikit-sebanyak akan memberi kesan kepada badan kita dalam jangka masa yang panjang. Dengan duduk terlampau lama di pejabat ataupun memakai kasut tumit tinggi semasa berjalan serta menggunakan komputer terlalu lama juga boleh membuatkan badan kita stress / tertekan dan tidak mustahil penyakit seperti migraine, sakit pinggang, sakit belakang dan lain-lain amat mudah terjadi pada kita.

    Premium Beautiful boleh mengatasinya.. Insyaallah.

Some testimonials of my Premium Beautiful corset clients:-

+ For post-delivery or during confinement
+ For your wedding day outfit
+ For back-pain & slip disc patients
+ Helps with cyst/fibroid patients
+ Used by Asthma patients and helps to alleviate asthma attacks
+ Reduces post-delivery stretch marks 
+ Increases and improves firmness of the breast & buttocks

Yummy Cakes

Asalamualaikum, Kepada Readers dhiasabrina Blog, Dibawah saya nak share link rakan-rakan Saya yang menjual Cake dan sewaktu dengannya. So kepada sesiapa yang ingin mencari cake, atau menghadiri kelas membuat cake bolehlah bertanya dengan mereka yea.

1) Hilda's Bakery - 

Location
About
Passion about cakes! Our new products are engagement and wedding cakes!;)
Description
Assalamualaikum and hi! My name is farrah hilda. You just can call me farah and I am a mom of 4 who have two passions and one of them is baking cute, simple and lovely cakes. Though I am buzy with work as a design engineer, It doesn't matter, as long as I am doing what I most passion about, baking cakes!
General Information
At this moment we are selling varieties of continental cakes such as russian black and white, chocolate indulgence, snowy peach, red velvet, black forest, german black forest, tiramisu, pavlova and the list continues;)!!! We also can make simply lovely roses birthday cakes!! Not to forget our cute and tasty cuppies, chocolate moist cake, carrot cake, banana cakes and the list continues!! Come and try our cakes and let ur tongue decide it ;)

New product will be updated soon!

Please place your order 3 days in advance and pm me for price.
Thanks!
Email
farrahhilda7881@gmail.com
Phone
Website








2) LurveSweet Bakery - 


Location
Phone
Website











Di Suatu Ahad yang Dingin.

Asalamualaikum Pembaca semua, setelah sehari bercuti, so hari ni kita sambung lagi dengan kisah-kisah menarik Saya dan keluarga pada hari minggu yang lepas. Semalam Ahad 29 jan 2012, mula-mula pada hari sabtu petang plan nak pergi Cameron Highland pagi Ahad, tapi disebabkan balik dari setapak terlampau lambat nak dekat pukul dua sampai Shah Alam, so paginya terlajak la bangun. Ingat macam malas dah nak pergi sebabnya dah lewat, tapi lepas berbincang dengan Isteri dan Madya Ami, kami pun buat keputusan untuk teruskan aje trip kami ke Cameron Highland. Bukan nak cari ape pun just nak pergi berjalan sambil bawa Madya Ami, sebab dia tak pernah lagi pergi sana. Pukul 12.45tgh kami bertolak dari rumah. Alhamdulillah cuaca naik dan jalan pun tak sesak sepanjang perjalanan. So boleh la tekan minyak lebih sikit. Dengan perut yang kosong sebab tak sarapan dan tak lunch lagi kami meneruskan perjalanan ke sana. Ingat nak singgah McD, tapi sepanjang perjalanan dekat highway tue takde pulak McD. Kami singgah tapau lunch di KFC Brinchang sebab dh tak tahan lapar sangat. Ape lagi bila dah dapat ayam KFC tue masing-masing pun makan la, yang jadi mangsa driver sebab still kene drive sampai destinasi yang lebih kurang 5km lagi.

Dhia Sabrina 1st visit ke Cameron Highland.

1st pit stop adalah dekat ladang strawberry bersebelahan Equatorial Hotel, name ladang tu tak ingat pulak. Ingat nak bawak Madya Ami pergi petik buah strawberry tapi bila sampai sana nasib tak menyebelahi sebabnya ladang ditutup kerana buah strawberry telah habis dipetik. Hahahaha, sampai habis dah buah dia kene petik. mesti ramai yang datang. Kesian Madya Ami, Tak dapat petik buah strawberry, makan strawberry celup cokelat pun jadi la.

Seterusnya dari sana kami berjalan kaki ke pasar berhampiran. tujuan nak borong sayur segar. Tapi disebabkan kami sampai agak lewat, ada sesetengah kedai yang dah tutup dan ade yang tengah nak tutup. Tpi hasilnya masih lumayan, penuh jugak la satu stroller Dhia Sabrina duk tumpang bawak sayur.
Catch of The Day. tak banyak mana pun, tapi puas hati.
Segar dari ladang.

Lepas shopping sayur, misi diteruskan naik bukit ke Raju farm kalau tak silap namanya, nie kes Madya Ami ternampak komen dalam foursquare yang mengatakan dekat situ ada 'Strawberry Waffle' yang sedap. Misi berjaya. dapat beli 3set strawberry waffle dan 2 cawan fresh strawberry milkshake.

 
Yummy, Strawberry Waffle Rm 6.00 satu.

Seterusnya on the way turun kami singgah dekat Tea Cafe milik Tokey ladang teh Bharat. Cafe ni juga adalah salah satu lokasi penggambaran filem 'Ombak Rindu'. Pemandangan ladang teh yang cantik dapat dilihat dari cafe ni.

Wife dengan Madya Ami

 Lagi-lagi Wife dengan Madya Ami

Kami Sekeluarga

Manja Abah

Kami bertolak balik dari sini tepat jam 07.00pm. Perjalanan pulang tak berapa lancar kerana jalan turun tu terlampau gelap dan mata pulak tak berapa nampak. Lepas tu bila naik highway pulak, hari hujan lebat sampai line kat atas jalan tu pun tak nampak. Selamat tiba di Shah Alam nak dekat pukul 10.00mlm. Still sempat lagi tgk AJL and Tahniah buat Hafiz menang AJL. suara memang sedap. So itu je la story untuk semalam. Bye.


Saturday 28 January 2012

Tokey Kain Ela

Asalamualaikum, dan selamat berhari minggu serta selamat bercuti kepada 'Readers'. Hajat hati nak tidur dah tadi bila balik dari One Utama jalan - jalan dengan Dhia Sabrina, Isteri Dan Madya Ami. Tapi bila sampai rumah segar pulak mata ni. Since mata tak boleh nak lelap sambil temankan Isteri tengok Movie and Dhia Sabrina pun dah jaga nie, so ber'Blog' la sekejap.

Teringat pulak di suatu masa dulu, time - time cuti dari Offshore macam ni, Saya pernah menjalankan perniagaan kain pasang ataupun kain ela. Mulanya Isteri yang bagi idea untuk buat perniagaan ni, since saya duduk rumah takde ape nak buat. Tapi lama kelamaan jadi seronok pulak. Dulu ambil stock dengan kawan Isteri. Lama kelamaan bila dah tahu jalannya mula lah cari sumber sendiri untuk tingkatkan pendapatan serta nak tambah stock kerana permintaan yang tinggi. Maklumlah masa tue nak dekat puasa, so ramai la tengah cari kain untuk buat baju raya.

Antara Stok Terawal yang Saya Jual.

Mula-mula Berniaga tu, punya semangat siap beli DSLR 2ndhand dengan kawan untuk amil gambar kain. Masa tu takde skill lagi, so main ambil gambar sidai dekat atas batang penyapu je dekat rumah. Kalau tak pun lipat kain tu cantik-canti dan susun atas katil untuk diambil gambar.

Swiss Cotton yang dapat Permintaan yang tinggi.

Kain Polka Dot ni pulak, Kain terlaris untuk pasaran UPM serdang. Siap restok lagi.

Tapi lama-kelamaan bila dah ada ilmu sikit dalam bidang fotografi dan siap ambil kelas DSLR lagi, barulah berani untuk menggunakan model untuk perniagaan saya ini. Tapi since modal tak banyak banyak 'Photo Shoot' dibuat dirumah sendiri je.

Swiss Cotton Corak Eksklusif

Printed D'von Silk

Masa tu, saya menggunakan nama 'Sapphire Desire' untuk perniagaan yang dijalankan. Tema perniagaan saya "Sekarang Semua Boleh Berbelanja Dengan Kami" harga yang kami tawarkan juga adalah antara yang paling murah di pasaran online. 

 Logo Rasmi :Sapphire Desire"

selain menawarkan pakej keahlian, diskaun untuk ahli, penghantaran percuma serta mata ganjaran termasuk baucer dan hadiah percuma. Alhamdulillah berkat kesabaran dan keikhlasan kami berniaga, ramai yang ingin jadi pengedar kami. Pelanggan pula dari seluruh semenanjung malaysia termasuklah Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei. antara penyokong kuat perniagaan kami termasuklah ahli keluarga dan kawan-kawan. Selepas mendapat keuntungan yang lebih, Saya mula menjalankan sesi fotografi di luar pula untuk menambahkan lagi koleksi serta menambah baik lagi ciri-ciri gambar.

Shoot Di Cameron Highland

Dari seorang lelaki yang tak suka ikut Isteri pergi beli kain, sampailah menjadi Tokey kain dan boleh kata dah kenal la beberapa jenis kain ela ni. Cotton, Silk, Jaquard, Chiffon, Lycra dll... Tetapi disebabkan komitmen Kerjaya di laut dan Isteri pula sibuk di opis. Perniagaan terpaksa dihentikan. Sayang juga, tapi nak buat macam mana, mungkin rezeki jadi Tokey Kain sampai s=di situ sahaja. Apa pun memang seronok sangat masa berniaga kain dulu, siap ade orang panggil Saya 'Akak' lagi masa nak tanya pasal kain dalam FB. Itulah Saya di suatu masa dahulu. Seorang Tokey Kain. 

Pstt..."Jangan pulak ada yang nak beli kain di atas bila baca Post nie ye.." Saya dah tak jual kain lagi sekarang.

Friday 27 January 2012

Takziah Buat ShaSha

Kesian ShaSha, Seekor daripada 5ekor anak yang baru dilahirkannya mati. Baru kejap tadi hajat hati nak ambil gambar mereka untuk dipost dalam Blog ni, tapi bila jengah dalam kotak and bila dah ambil gambar yang lain macam tak cukup seekor. Rupa - rupanya dah mati.. Sedih... baru tadi cakap ade kucing 20 ekor, So sekarang cuma tinggal 19. Bila anak kucing tu mati tak dapat dipastikan, tapi punca kematian mungkin sebab terhimpit or lemas kot bila dah berkerumun ramai sangat dalam kotak tu.

Kesian, Tak Sempat nak Bagi Nama.

Mula - mula ShaSha buat tak tau je 
bila letak Kitten tu depan dia.

Tapi naluri seekor 'IBU' tetap mengenali anaknya.

Tersentuh Hati juga bila lihat ShaSha jilat - jilat anak dia tadi.

Moral dari Gambar - gambar ni, Binatang yang tak berpelajaran pun tahu sayang dekat anak dia. 
Tapi segelintir dari kita sebagai manusia ni ada yang suka buang anak. abaikan anak, Bermusuhan dengan anak dan sebagainya. Renung - renungkan lah. 
Seperti tajuk Ceramah 'Ustaz Azhar Idrus' esok malam 
di Masjid dekat Wangsa Melawati, 
"Anak Kunci Syurga"...

ShaSha Kitten, 19th January 2012 - 27th January 2012

Dari Satu, Dua, kemudian Tujuh, 10 dan kini 20

Kisah 'Bina'

Asalamualaikum, Selamat Hari Jumaat to All Readers. Pagi ni saya dikejutkan dengan kehilangan anak kucing yang baru dilahirkan beberapa hari lepas oleh salah seekor kucing peliharaan saya. 3ekor semuanya. Kali terakhir tengok petang semalam masih ada di dalam carrier di adapan rumah. Tapi pagi tadi masa saya mengemas dekat depan rumah bila jengah dalam carrier tue kosong. Cari punya cari tapi tak jumpa. Cuba cari kat tempat dia beranak dulu pun tiada. Tiba - tiba hati tergerak nak jengah dalam mesin basuh, Syukur Alhamdulillah, semua ada di dalam. Nie mesti si'Bina' punya keje. Orang cakap binatang nie kalau rasa tempat yang dia simpan anak tue tak selamat, dia akan alihkan anak dia kat tempat lain yang lg selamat.

3ekor Anak 'Bina' selamat di dalam mesin basuh.

'Bina' Dan Anak - Anaknya

 'Bina' Tengah menyusukan anak - anaknya.

Kasih dan Sayang kepada Isteri.


THAI BEEF & CHICKEN FRIED RICE

Ingat Hari ni taknak masak sebabnnya malam nanti nak keluar. So pagi tadi sebelum Isteri pergi kerja dah pesan minta tolong dia tapaukan lunch sekali. Tapi bila dah settle semua kerja pagi tadi dan Dhia Sabrina pun tak meragam, tiba - tiba datang pulak nafsu nak memasak. Inilah hasilnya.

Thursday 26 January 2012

My Mum, My Inspiration.

Asalamualaikum, Nak Share Ada Satu Berita Menarik Dalam Yang berlaku Dalam Bisnes 'Premium Beautiful' saya.

Sebelum nie mak saya Saliah Binti Abd Rahman, Umur 65 tahun selalu mengadu dekat saya, Disebabkan faktor umur dan kerja-kerja yang dilakukan (maklumla orang tua kita nie mane reti duduk diam, ade sahaja yang nak dibuatnya) dia selalu sakit di bahagian pinggang. Kesian juga bila mtengok mak dalam keadaan begitu selalu. Ada juga kadang-kadang mak berurut. Tapi sakitnya hilang cuma seketika. Pagi urut, petang atau malam sakit balik. Selain tukang urut yang datang kerumah, mak ada tukang urut full time iaitu cucu mak yang sulung, Najmie Haziq atau nama panggilan dalam keluarga Abg Haziq, bersekolah di tingkatan 5 tahun ini dan bakal menduduki peperiksaaan SPM, Abg Haziq memang pandai mengurut. Saya pun kalau bertandang ke rumah Kakak di setapak pasti takkan Miss punya mendapatkan khidmat Abg Haziq. Lagipun upahnya taklah semahal mana. Brapa-brapa pun Abg Haziq terima sahaja kalau dari kami. Kalau Wannya pula semestinya 'Gratis'.

 Gambar Emak tengah bersedia untuk diurut oleh Abg Haziq. (nampak tangan je). Tapi Aleesya dah awal-awal tolong urutkan Wannya. Yang depan Aleesya tue My Brother.

Tetapi sebenarnya berurut selalu sangat pun tak baik untuk badan, kata orang la. Jadinya setelah beberapa lama dalam Perniagaan 'Premium Beautiful' ni, dan setelah saya sendiri menggunakannya, sekadar berbaring di atas 'Waist Nipper' pada waktu tidur ataupun berbaring, maklumlah nak pakai tak muat even saiz 106. So yang boleh cuma baring berlapikkan 'Waist Nipper' dan Alhamdulillah sakit di bahagian belakang saya beransur hilang. Rasa badan yang lenguh dan bahagian belakang yang sakit waktu bangun tidur setiap hari kini kurang. Adakalanya hilang terus dan tak sakit.

Emak, Abah dan Abg Haziq telah datang ke rumah kami pada cuti Chinese New Year yang lepas untuk melihat cucu ke 9 mereka Dhia Sabrina. Since hari sabtu yang lepass tiada kelas di B32, kami pun tidak pergi ke setapak seperti biasa untuk meninggalkan Dhia Sabrina untuk dijaga Atuk & Wan semasa kami ke kelas. Melihat Emak saban hari diurut di rumah oleh Abg Haziq telah membuka minda saya, kenapa tidak memakaikan Emak dengan Set 'Premium Beautiful'.? Jadinya, tanpa berlengah saya naik ke bilik dan membawa turun 'Waist Nipper' untuk dipakaikan kepada Emak. Terperanjat jugak dia, tapi diturutkannya sahaja dengan dibantu Isteri Nurul Dahlya, 'Waist Nipper' saiz 90 berjaya dipakaikan. Alhamdulillah ngam-ngam muat dengan Emak.

So bermulalah 'ERA' Emak memakai 'Premium Beautiful'. Kesannya...? Emak cakap lepas pakai 'Waist Nipper' tu, sakit di bahagian pinggang dah berkurangan. cuma dalam tempoh 24jam sahaja Emak menggunakannya. Saya minta Emak bawak balik 'Waist Nipper' tue dan praktikkan pakai sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Dan kita tunggu hasil nya. Insyaallah dalam masa terdekat nie nak cuba pakaikan 'Long Bra' pulak dekat Emak, supaya masalah sakit di bahagia bahu dan atas belakangnya hilang. "Kita Mencuba dan Berikhtiar, Insyaallah akan ALLAH buka jalannya" Amin.

Tipu atau Benar

Tranformasi Diri

Asalamualaikum,

Kepada Readers, Di sini Saya nak menceritakan dan berkongsi beberapa pengalaman yang pernah dialami oleh mereka yang telah cuba memakai Set 'Premium Beautiful' ni. Bukan orang lain pun, tetapi dari kalangan keluarga terdekat.

Pertama, Nazirah Abdul Hadi (cousin)


  Nazi Hadi & Husband ( Sebelum Pakai "Premium Beautiful" )

Nazi Hadi topi merah ( Sekarang, Selepas Menggunakan "Premium Beautiful" )

Dhia Sabrina Say Thanks To Umie.

Asalamualaikum kepada semua, Happy Thursday Morning. Hari ni Dhia Sabrina bangun awal pagi, Sebab nak tengok Umie pergi kerja. Selama 3 bulan yang lepas, Dhia Sabrina tak pernah berenggang dengan Umie, kecuali masa masuk Hospital masa kena demam kuning dulu. Tue pun cua 2-3 hari je. But start today onwards, Weekday Dhia Sabrina kene tinggal dengan Abah, Abah jadi Mr MAMA selagi Abah tak naik ke laut.

 Abah jadi MR MAMA

So cuma waktu malam weekday and weekend sahaja Dhia Sabrina boleh main-main dengan Umie. Malam Rabu dan Sabtu pulak, Dhia Sabrina kene tinggal dengan Wan & Atuk sebab  Umie and Abah nak pergi kelas bisnes. Mmm, tinggal lagi. And yang paling drastik bila Abah start kerja, Abah akan "AWAY" lama-lama tinggalkan Dhia Sabrina. Dhia Sabrina nak tinggal dengan siapa...? Atuk & Wan ada offer untuk jaga Dhia Sabrina. Tapi Kesian pulak kat Atuk dengan Wan, Mereka bukan sihat sangat pun nak jaga Dhia Sabrina.

 Ni Gambar Wan Muliah & Atuk Yucop, Dhia Sabrina Sayang Atuk & Wan

Kesian juga kat Umie. Nanti Umie Miss Dhia Sabrina Many-many. Nak tinggal dengan Nursery, Abah tak confident sebab banyak sangat kes sekarang. So tak tau lagi macam mana.

Dhia Sabrina ada dengar Abah cakap dengan Umie, Kalau Abah dapat offer bagus masa nak naik laut nie, Abah suruh Umie ambil cuti tanpa gaji sampai Abah balik. Yeeaayyyy.... Boleh la Umie jaga Dhia Sabrina. Amin.

 LOVE Umie

Apa pun, Dhia Sabrina nak say Thanks dekat Umie, Kerana telah Bersusah Payah Mengandungkan Dhia Sabrina selama 9bulan, Melahirkan Dhia Sabrina ke dunia ni dan kerana telah Menjaga Dhia Sabrina dengan baik sepanjang Umie cuti 3bulan ni. Thanks juga dekat Atuk, Wan, Angah Sekeluarga and Auntie Eda Sekeluarga kerana banyak membantu Umie dan Dhia Sabrina sepanjang Abah tiada tempoh hari. Thanks, Dhia Sabrina takkan Lupa Jasa Kamu Semua.




Wednesday 25 January 2012

Wednesday Morning

HAPPY 3RD MONTH BIRTHDAY, Dhia Sabrina.

Bangun cepat, nanti Abah mandikan. Lepastue bila dah wangi-wangi kita keluar jalan-jalan dengan Umie. Today Umie last day cuti bersalin, Start esok kita tinggal berdua la dekat umah time Umie kerja. So since ada masa lagi ni, jom kita bertiga beranak jalan-jalan. 

Malam nanti kita pergi rumah Angah k, Lepastue Dhia Sabrina tinggal dengan Atuk and Wan, Abah and Umie nak pergi kelas NDO dekat B32. Abah and Umie kena kerja keras dah tahun ni, tak boleh tangguh-tangguh lagi. Abah and Umie taknak Dhia Sabrina hidup susah nanti. Doakan Abah and Umie berjaya dalam Perniagaan "Premium Beautiful" nie ye. And doakan juga Abah and Umie berjaya dengan kerjaya kami sekarang juga. Amin


Abah and Umie sayang Dhia Sabrina.

Tuesday 24 January 2012

Permulaan Sesuatu Yang Hebat.

Asalamualaikum kepada Semua Pembaca, Alhamdulillah, setelah beberapa lama dalam pembikinan, akhirnya, Blog Ini, dhiasabrina.blogspot telah hampir siap sepenuhnya. Insyaallah pada lewat malam ini ataupun pada esok hari akan dipublishkan Blog ini kepada umum. Kenapa terlampau lama masa yang diambil..? Kerana hanya bahan yang berkualiti dan hanya bahan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai sahaja digunakan didalam Blog ini.


Terima Kasih juga diucapkan kepada Blogger-blogger lain yang telah menyumbang maklumat dan dan info penting baik secara langsung ataupun tidak langsung untuk menjayakan Blog ini. 

Dhia Sabrina say "Thanks and Welcome" to all Readers
dhiasabrina.blogspot.com.


Saturday 21 January 2012

Asalamualaikum, Percaya atau tidak kalau Saya katakan yang dalam Perniagaan Premium Beautiful ni, bukan hanya golongan Wanita sahaja yang berniaga, Telah 'Terbukti' ramai dari golongan 'Lelaki' juga telah berjaya dengannya. Jutawan-jutawan dan Leader-leader tersohor Hai-O dari Stokis B32 juga turut diisi oleh golongan 'Lelaki'. Nama-nama seperti CDM Chan, CDM Abg Lan, CDM Raz, Cdm Syed dan ramai lagi adalah contoh-contoh 'Lelaki-Lelaki' Berjaya, yang telah dilahirkan melalui Perniagaan 'Premium Beautiful' ini. Tua, muda, kurus, gemuk, tinggi, rendah, hitam, putih bukanlah halangan untuk anda berjaya dengan Perniagaan ini. Jadi kenapa tunggu lagi..?


 CDM Abg Lan


 CDM Raz, Power Talk.

 CDM Raz & CDM Abg Lan,


 CDM Syed & Mdm, Senyum sokmo.


 CDM Chan, Sifu B32


 CDM Raz yang Bergaya.


 Power Talk by CDM Abg Lan.


Gambar-gambar diatas adalah bukti Golongan 'Lelaki' yang telah berjaya dengan Perniagaan 'Premium Beautiful' ini. Kalau mereka boleh kenapa tidak saya kan..? Insyaallah, berkat dorongan, bimbingan, ilmu dan ditunjuk ajar yang diberikan oleh mereka semua, tak mustahil satu hari nanti akan lahir seorang CDM baru dari Perniagaan ini...


 "Bakal Usahawan Premium Beautiful, Shaherry Mohd Yusop" Insyaallah.. Amin. 
Bila Masanya..? Kita tunggu dan lihat.


Bak kata CDM Kak Ana, Alang-alang nak impikan sesuatu, kita impikan yang paling tinggi. Inilah impian saya yang terbesar dalam Perniagaan 'Premium Beautiful' ini. Bukan gila pangkat dan bukan tamakkan harta, tapi Alang-alang nak buat, biar sampai ke puncak "KEJAYAAN'..

Tips DO's & DON'Ts during presentation

Diambil dari perkongsian CDM Hanis Haizi

DO's / Sila :-

BE ON TIME Tahu the right seating position, konsep ABC diterangkan dalam kelas. Fokus, kepada presentation Watch & Learn Salin! & tulis nota, ayat-ayat penerangan, ayat-ayat power Confident, yakin! Inform Leader kita, latarbelakang client kita - bujang, ibu tunggal, kerja apa etc. Smile & be friendly, ramah mesra. Angguk dan tunjukkan tanda setuju dengan presentation. JADI 'BRIDGE' (penghubung) between YOU and Your leader. YOU start the conversation, casual talk... FORMH dan sbgnya. TEE-UP Leader (Nada promote & bersungguh2) cerita tentang kejayaan Leaders, kepimpinan etc.. Konsep tee-up diterangkan dalam kelas. Beri banyak jaminan baru client boleh yakin!  

DON'Ts / Elakkan :-

Datang lambat/lewat SENYAP sahaja sepanjang presentation without saying a word...  makan-makan (ni bukan masa sesuai untuk sesi food testing =P) Pick up call, SMS/Facebook, main game TAK silent kan phone  Bersembang while leader tengah present ASK questions during presentation, ini kerana kita mungkin akan buat client rasa risau buat business ni sebab kita banyak kita belum tahu. Cerita negative dekat client contoh - inform dia pasal blog xyz yg negative, ckp kat dia actually kawan dia pun dah pernah buat tapi fail dan macam2 lagi Serahkan tugas 100% dekat leader kerana client akan NAK lihat diri kita. Bercanggah ideas/pendapat with Leaders
Untuk makluman, banyak konsep dan penerangan lanjut setiap konsep ada didalam kelas. Harap dapat hadirkan diri untuk melengkapkan diri dengan ilmu.

Rajin muhasabah diri/post mortem setiap selepas presentation untuk perbaiki kelemahan dan improve/upgrade diri dan presentation.

Sekian, wasalam.

Friday 20 January 2012

Yang Telah Berjaya

Efah ni jugak sangat-sangat unik kesnya, which is dia Re-join buat kali ke 3. Yup semangat tak pernah pudar untuk teruskan buat business ini. 
Tahniah Efah!!

Taken from Efah Mustapha:


Be in the right group~~!! Kalu perasan post ni pernah di buat oleh my Mommy sebelum ni.. Boleh check disini -->Adibah Karimah.... Today, Ifa pn nak story mory & share2 with u guys outside yg tercari2 business & dah pun join tis business pastu x jadiiii...banyak kan kita dgr, ramai yg join tp ditinggalkan leader, buat x jadi, no guidance.. All those stories happened to me n my leader as well before this..

Tak berniat untuk menyalahkan sesiapa or group lama tapi sangat bersyukur disebabkan mereka Ifa kenal business ni.. Dari mereka Ifa tau peluang yang da dalam business ni n sesiapa yang ambil peluang ni cohnirm dapat pegi jauh n ubah hidup 360 degree...

Ifa kenal business ni dari tahun 2009 lagi..lama kan..yup..sangat lama..sama tahun dengan Hanis...Hanis dah jadi CDM tpi apa ada dengan Ifa...;( Tapi kenapa dikenang apa yang dah jadi kan..bukan boleh ubah pun...so kna la amik action dr tak buat apa2...


Kisah bermula bila Ifa dah excited nk buat biz..nk tmbh income sebab sedar elaun yg Ifa dapat RM950 tak penah ckp...bgi student yg laen mst pk amaun tu dah byk sbb depa dapat RM600 ja..tp Ifa dah keja so elaun lebih sket tp perbelanjaan pn lebih jgk..bkn lebih sket tp byk....mmg sakit ati bila duit tak penanh cukup...nk bg kat mak ayh mmg tak dpt la...So engt nk aktifkan blik biz Ifa..berbulan Ifa try tpi tak npk apa2 hasil...tiap ari akan buka FB n page Hanis...semua perkembangan dia Ifa tau..mmg membara tengok kejayaan dia....


Then satu hari tu buka lg page Hanis seperti kebiasaan n tgk post Hanis taken from Adibah pnya blog sal kejayaan dia selepas join kali kedua..
MY GOD!!!ada juga senasib dengan Ifa rupanya...so apa lg trus klik blog Adibah...then trus contact dia...

keesokannya trus jumpa Diba n dia terang semua step, goals n bg semngat tu trus berjuang...agak lama amik masa tuk join sebab nya Ifa kan student..tak dak punca pendapatan nk buat modal..tiap perniagaan mesti ada barang kan
Title studenjt bukan penghalang..Ifa juga tak dak trnspot...public transpot sbg transpot Ifa tp apa Ifa kira...hati dah ckp nk..so buat ja...


setelah sebulan bertungkus lumus, Alhamdulillah ni la hasilnya...Jam Tangan berpuaka madam milik Ifa...mmg sngt berpuas hati..sblm ni amik masa sthn tuk dpt pangkat SSM..pgkt kedua tertinggi dlm biz ni..tp dengan group Adibah n Hanis...sebulan ja!!!
tiada mustahil..tepuk dada tny bonus nk berapa.. =)


Tiada sesiapa yg memaksa Ifa tuk buat keputusan ni tp suma atas diri Ifa sndri sbb nk sangat berjaya mcm Hanis n Adibah...


 I joined Adibah last month..kira sgtla baru!!but now, i proved already to myself & people outside.. Alhamdulillah in just a months im qualified SENIOR SALES MANAGER, sales achievement RM100,000 (rewarded by stockist JAM TANGAN), 1stmonth car fund , & my dream income(bonus besarrr!!);)) insyaALLAH holland dlm genggamku!!syukur ya allah!!Bulat hati dengan pemimpin pasti dapat!!jelaskan matlamat & setting dr sekarang..ke mana hala tuju kita selepas ini..I just follow hanis word by word!!In this business, we "JUST FOLLOW DA LEADER, & U'LL GET WHAT DO U WANT!!" trust me.... 


Bak kta Adibah, if i did not take this action, sampai bila hanya menunggu di dpn screen laptop & x berani mengambil tindakan!!(hanya melihat org yg berjaya shj sekeliling, kita bila lagi???..I know u all kat luar sana ada yg dh join tp frust becoz no guidance, ditinggalkan leader begitu shj..ramai ckp kat i, 90% atas diri sendiri..coz diri sendiri nak berjaya!!mmg 90% is ourself, myself!! but 10% from group & leader is very important!! seperti ditinggalkan x bertali...;P 

Chinta with New Partner.. John.. a.k.a. "TRON"

Chinta, salah seekor kucing peliharaan saya yang terawal selepas Yuchi. Asalnya'Chinta' diadopt sebab kesian dekat 'Yuchi' yang takde kawan bila tinggal dekat rumah. So again macam 'Yuchi' jugak Saya dan Isteri pergi ke 'SPCA' Ampang. Cari punya cari, pilih punya pilih 'Chinta' yang jadi pilihan kami. Dulu masa mula - mula adopt 'Chinta' ni kurus je. Tp sejak stay dengan kami perut dia makin membesar. Bukan sebab mengandung sebab 'Chinta' telah dikasi masa di 'SPCA' dulu. Bila bawak pergi jumpa doktor haiwan, dia cakap dalam perut 'Chinta' banyak cacing... O...

Nama Saya 'Chinta'

Sejak 'Yuchi' hilang 3 bulan lepas, 'Chinta' dah jjarang balik rumah. balik pun kadang - kadang just makan je and lepas tue dia terus hilang. So bila jumpa dia haritue Saya nekad taknak kehilangan dia terus macam Saya hilang 'Yuchi'. Jadi bermulalah kehidupan 'Cage Cat'nya. kesian tengok 'Chinta' sekor - sekor dalam cage Saya pun carikan dia partner..

Hai Nama Saya 'Tron'

'Tron' nie saya tangkap masa dia curi makan dekat depan rumah Saya. Dia selalu datang main - main dengan 'Chinta'. Masa mula - mula tangkap dulu, Saya bagi nama 'John' kat dia sempena nama cat Isteri yang dah mati dekat Kampung dia. Tapi rasa macam tak elok pulak, so kami pun tukarlah nama dia kepada 'Tron'.

Ah Boy @ Yuchi Still Missing...

Nie Yuchi, Hadiah saya untuk isteri sebagai janji masa nak kawin dulu. Isteri cakap saya selalu tinggalkan dia masa kerja dekat laut, so dia nak kucing seekor sebagai teman. Ni salah satu kegemaran Yuchi, bila saya buat something, time tue la dia nak manja-manja.


Nie pun kegemaran Yuchi jugak, Dia paling suka dibelai, dimanja dan disikatkan. Nampak tak tue, siap pejam-pejam mata dan terkangkang lagi.