3ekor Anak 'Bina' selamat di dalam mesin basuh.
Friday, 27 January 2012
Kisah 'Bina'
Asalamualaikum, Selamat Hari Jumaat to All Readers. Pagi ni saya dikejutkan dengan kehilangan anak kucing yang baru dilahirkan beberapa hari lepas oleh salah seekor kucing peliharaan saya. 3ekor semuanya. Kali terakhir tengok petang semalam masih ada di dalam carrier di adapan rumah. Tapi pagi tadi masa saya mengemas dekat depan rumah bila jengah dalam carrier tue kosong. Cari punya cari tapi tak jumpa. Cuba cari kat tempat dia beranak dulu pun tiada. Tiba - tiba hati tergerak nak jengah dalam mesin basuh, Syukur Alhamdulillah, semua ada di dalam. Nie mesti si'Bina' punya keje. Orang cakap binatang nie kalau rasa tempat yang dia simpan anak tue tak selamat, dia akan alihkan anak dia kat tempat lain yang lg selamat.
Labels:
Wonder Pets
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment