Monday 13 February 2012

Elly Dah Mula Makan.... Dah Besar Eh..

Salam Pembaca semua, Huhuhu, macam dah lama je tak updated pasal my Wonderpets... last week sibuk sangat dengan Business sampai tak sempat nak update blog ni. Dengan kelas, dengan appointment, dan pelbagai lagi. So hari nie just stay dekat rumah je. Rumah pun dah macam tongkang pecah, Hanya ada harini dan esok je masa untuk mengemas rumah kerana start hari rabu sampai la weekend akan kembali sibuk..

Nie nak cerita pasal Elly my adopted kitten, pagi semalam masa nak keluar berbisness Saya nampak Elly dah mula makan cat food. Mula-mula masa tengah panaskan enjin kereta, nampak dia duk pusing-pusing tercakar-cakar dekat tepi cage, lepastue masa saya letakkan makan untuk kucing-kucing adult, tiba-tiba dia datang ke bekas makanan tu dan makan.... Huhuhuhu.. dah besar rupanya si Elly ni.

Elly Siap masuk kaki dlm bks mkn

 Makan sama-sama dengan emak angkat

No comments:

Post a Comment