KISAH EPI,
Epi telah diletakkan oleh hamba ALLAH yang tidak dikenali di hadapan pintu pagar rumah Abang Saya di Wangsa Melawati. Rabu 18th January 2012 tarikhnya pada waktu malam. Masa dijumpai Epi dan kembarnya Elly masih kecil lagi. Diletakkan didalam kotak MILO, tanpa sebarang makanan ataupun minuman. Kesian melihat mereka berdua, Abang Saya membawanya masuk ke dalam halaman rumah dan memberikan mereka minumam. Tapi kerana masih baru dilahirkan mereka masih tidak tahu untuk minum didalam bekas yang diletakkan. Lantas mereka pun tertidur setelah penat mengiau dan mungkin juga kerana kelaparan.
KOTAK EPI dan ELLY MASA DIJUMPAI
Keesokkan Harinya pada hari Khamis, Saya dan Isteri pergi ke Carrefour Wangsa Maju untuk mencari botol susu untuk Epi dan Elly. Kesian rasanya bila melihat Epi dan Elly mengiau kelaparan dari pagi. Tapi usaha kami gagal, terus selepas makan tengah hari Kami pun pulang ke Shah Alam dengan membawa Epi dan Elly kerana tiada siapa yang boleh menjaga mereka di rumah Abang Saya. Sebelum pulang, kedua-dua anak buah saya Fareez (abang) dan Fitri (adik) begitu sedih dan keberatan untuk membenarkan kami membawanya pulang. Si Adik sudah merajuk dan menangis di dalam manakala si Abang pula dengan tenang berpesan, "Tolong Jaga EPI dan ELLY baik-baik ye".. wah siap bagi nama lagi, yang mana Epi dan yang mana Elly..? kami bertanya. Epi yang warna kelabu dan Elly yang banyak warna kata Fareez.
EPI
- DALAM KENANGAN
ELLY
- KEMBAR EPI
Setelah sampai di Shah Alam destinasi pertama kami adalah Pet Shop Mesra di seksyen 7, untuk mencari botol susu Epi dan Elly. Misi berjaya botol dapat dibeli. Dan selepas itu kami pulang ke rumah. Bermulalah episod menjadi keluarga angkat Epi dan Elly.
BOTOL
SUSU EPI dan ELLY
SESI MENYUSUKAN EPI
BEBERAPA KALI CUBA BARU BERJAYA
DENGAN LAPARNYA EPI MINUM SUSU
SESI ELLY PULAK
SESI EXPLORE EPI
NAMPAK
TAK BETAPA KECIL MEREKA BERDUA
BINA
muka garang tapi baik hati.
muka garang tapi baik hati.
SHASHA
KESIAN ELLY, MACAM TAHU JE
KEMBAR DIA DAH TIADA
Itulah kisah Epi yang dapat dikongsikan bersama pembaca semua. Untuk pengetahuan Pembaca-pembaca Blog Saya ini, semua kucing yang Kami pelihara dirumah ini adalah datangnya dari sumbangan orang ramai ataupun di adopt dari SPCA. Harap kucing-kucing dan kitten-kitten yang lain berada dalam kesihatan yang baik. Sekian.
No comments:
Post a Comment