Wednesday 18 January 2012

Ini adalah saya di suatu ketika bergelar Safety Officer di atas kapal Petra Sovereign. Kontrak saya ketika ini adalah selama dua bulan. 2 minggu selepas saya berada di atas kapal, Dhia Sabrina dilahirkan Ke Dunia ini. Amat sedih dan kecewa, dikala Dhia Sabrina dan Isteri tengah berjuang, saya tiada di samping mereka..

Saya as Safety Officer di Petra Sovereign

Alhamdulillah setelah berjuang selama 8jam, Dhia Sabrina selamat dilahirkan tepat pukul 06.08petang. Tuhan sahaja yang mengetahui betapa risaunya saya ketika menunggu kelahirannya jauh beratus batu dari sana. Syukur semuanya selamat.
Gambar Pertama Dhia Sabrina yang saya terima dilaut selepas dilahirkan.
Berat ketika dilahirkan 3.26kg.

Pada sesiapa yang belum mengenali saya dan kerjaya saya, di suatu masa dulu, saya juga pernah menjadi seorang Chef ataupun Tukang Masak. Bermacam-macam tempat pernah saya kerja, Hotel, Cafe, Restaurant, Club House, Island Resort, Platform Minyak, Kapal, atas bukit, dekat pulau, dekat laut dan bermacam lagi. Mereka yang pernah marasa air tangan saya termasuklah 'Agong, Perdana Menteri (Dr Mahathir), Perda Menteri (Pak Lah), Menteri-menteri, Artis-artis dan ramai lagi.

Tetapi setelah 10tahun dalam bidan Food and Beverage ni, saya mengambil keputusan untuk menukar kerjaya dengan menjadi seorang Safety Officer pulak.

Gambar Kenangan Di Tropical Cafe Kitchen, 
First World Hotel & Resort, Genting Highland.

No comments:

Post a Comment