Saturday 28 January 2012

Tokey Kain Ela

Asalamualaikum, dan selamat berhari minggu serta selamat bercuti kepada 'Readers'. Hajat hati nak tidur dah tadi bila balik dari One Utama jalan - jalan dengan Dhia Sabrina, Isteri Dan Madya Ami. Tapi bila sampai rumah segar pulak mata ni. Since mata tak boleh nak lelap sambil temankan Isteri tengok Movie and Dhia Sabrina pun dah jaga nie, so ber'Blog' la sekejap.

Teringat pulak di suatu masa dulu, time - time cuti dari Offshore macam ni, Saya pernah menjalankan perniagaan kain pasang ataupun kain ela. Mulanya Isteri yang bagi idea untuk buat perniagaan ni, since saya duduk rumah takde ape nak buat. Tapi lama kelamaan jadi seronok pulak. Dulu ambil stock dengan kawan Isteri. Lama kelamaan bila dah tahu jalannya mula lah cari sumber sendiri untuk tingkatkan pendapatan serta nak tambah stock kerana permintaan yang tinggi. Maklumlah masa tue nak dekat puasa, so ramai la tengah cari kain untuk buat baju raya.

Antara Stok Terawal yang Saya Jual.

Mula-mula Berniaga tu, punya semangat siap beli DSLR 2ndhand dengan kawan untuk amil gambar kain. Masa tu takde skill lagi, so main ambil gambar sidai dekat atas batang penyapu je dekat rumah. Kalau tak pun lipat kain tu cantik-canti dan susun atas katil untuk diambil gambar.

Swiss Cotton yang dapat Permintaan yang tinggi.

Kain Polka Dot ni pulak, Kain terlaris untuk pasaran UPM serdang. Siap restok lagi.

Tapi lama-kelamaan bila dah ada ilmu sikit dalam bidang fotografi dan siap ambil kelas DSLR lagi, barulah berani untuk menggunakan model untuk perniagaan saya ini. Tapi since modal tak banyak banyak 'Photo Shoot' dibuat dirumah sendiri je.

Swiss Cotton Corak Eksklusif

Printed D'von Silk

Masa tu, saya menggunakan nama 'Sapphire Desire' untuk perniagaan yang dijalankan. Tema perniagaan saya "Sekarang Semua Boleh Berbelanja Dengan Kami" harga yang kami tawarkan juga adalah antara yang paling murah di pasaran online. 

 Logo Rasmi :Sapphire Desire"

selain menawarkan pakej keahlian, diskaun untuk ahli, penghantaran percuma serta mata ganjaran termasuk baucer dan hadiah percuma. Alhamdulillah berkat kesabaran dan keikhlasan kami berniaga, ramai yang ingin jadi pengedar kami. Pelanggan pula dari seluruh semenanjung malaysia termasuklah Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei. antara penyokong kuat perniagaan kami termasuklah ahli keluarga dan kawan-kawan. Selepas mendapat keuntungan yang lebih, Saya mula menjalankan sesi fotografi di luar pula untuk menambahkan lagi koleksi serta menambah baik lagi ciri-ciri gambar.

Shoot Di Cameron Highland

Dari seorang lelaki yang tak suka ikut Isteri pergi beli kain, sampailah menjadi Tokey kain dan boleh kata dah kenal la beberapa jenis kain ela ni. Cotton, Silk, Jaquard, Chiffon, Lycra dll... Tetapi disebabkan komitmen Kerjaya di laut dan Isteri pula sibuk di opis. Perniagaan terpaksa dihentikan. Sayang juga, tapi nak buat macam mana, mungkin rezeki jadi Tokey Kain sampai s=di situ sahaja. Apa pun memang seronok sangat masa berniaga kain dulu, siap ade orang panggil Saya 'Akak' lagi masa nak tanya pasal kain dalam FB. Itulah Saya di suatu masa dahulu. Seorang Tokey Kain. 

Pstt..."Jangan pulak ada yang nak beli kain di atas bila baca Post nie ye.." Saya dah tak jual kain lagi sekarang.

No comments:

Post a Comment