Wednesday 18 January 2012

ImpianKu

Cerita pasal 'Impian'. Apa yang saya impikan untuk tahun ini sebelum sertai perniagaan Premium Beautiful ni..? Saya berharap sangat kerjaya saya sebagai seorang Offshore Safety Officer dapat diteruskan. Selain itu saya juga mengimpikan untuk menduduki dan lulus exam SHO cert saya. Dan yang paling diidamkan adalah untuk menjadi seorang Safety Officer yang berdaftar dengan JKKP selewat-lewatnya pada akhir tahun ini. Insyaallah sekira semuanya tercapai, kehidupan saya akan berubah. Berubah dari semua segi.


 Dulu Berkenan Sangat dengan Kereta Ni, Mazda Cx-9.
Mula jatuh hati bila test duduk kat dalam dia masa roadshow Mazda di 1U dulu.

 Interior dia sangat-sangat la cantik dan kemas.

4-5 tahun sebagai SHO green book untuk kerja di Offshore, dapatla kot pakai kete kat atas tue. Itu pun kalau berjaya menyelesaikan hutang-hutang yang lain. Bukan la niat nak menunjuk ataupun berlagak, tapi sebab saya nie selalu travel dengan keluarga, jadinya kereta yang selesa dan luas sangat-sangatlah diperlukan. Dulu ada kereta waja campro auto, tapi masa nak kawin dulu dah let go sebab nak jimatkan perbelanjaan. Lagi pun kerja dekat laut bukan selalu sangat guna kereta tue. Jadi lepas berbincang dengan bakal Isteri masa tue dan dah jadi Isteri sekarang, kami pun bersetuju untuk berkongsi kereta savvy Isteri dan menjual waja saya.

Nie la kereta Waja Saya Dulu, TAR1138. Sedinh jugak masa nak let go dulu.


Nie Pulak 'Jenny' Isteri Saya, Walaupun kecil, tapi Kereta nie terlampau banyak berjasa dengan kami sekeluarga lebih-lebih lagi sejak kami bernikah. Umur'Jenny' nak dekat 6 tahun dah. Dah uzur dah, kadang-kadang malu juga bila kawan-kawan ataupun keluarga naik, macam-macam bunyi 'Jenny' buat. Tapi Alhamdulillah, walaupun pelbagai bunyi yang keluar, tapi 'Jenny' masih lagi berjasa.

No comments:

Post a Comment