Monday 30 January 2012

Di Suatu Ahad yang Dingin.

Asalamualaikum Pembaca semua, setelah sehari bercuti, so hari ni kita sambung lagi dengan kisah-kisah menarik Saya dan keluarga pada hari minggu yang lepas. Semalam Ahad 29 jan 2012, mula-mula pada hari sabtu petang plan nak pergi Cameron Highland pagi Ahad, tapi disebabkan balik dari setapak terlampau lambat nak dekat pukul dua sampai Shah Alam, so paginya terlajak la bangun. Ingat macam malas dah nak pergi sebabnya dah lewat, tapi lepas berbincang dengan Isteri dan Madya Ami, kami pun buat keputusan untuk teruskan aje trip kami ke Cameron Highland. Bukan nak cari ape pun just nak pergi berjalan sambil bawa Madya Ami, sebab dia tak pernah lagi pergi sana. Pukul 12.45tgh kami bertolak dari rumah. Alhamdulillah cuaca naik dan jalan pun tak sesak sepanjang perjalanan. So boleh la tekan minyak lebih sikit. Dengan perut yang kosong sebab tak sarapan dan tak lunch lagi kami meneruskan perjalanan ke sana. Ingat nak singgah McD, tapi sepanjang perjalanan dekat highway tue takde pulak McD. Kami singgah tapau lunch di KFC Brinchang sebab dh tak tahan lapar sangat. Ape lagi bila dah dapat ayam KFC tue masing-masing pun makan la, yang jadi mangsa driver sebab still kene drive sampai destinasi yang lebih kurang 5km lagi.

Dhia Sabrina 1st visit ke Cameron Highland.

1st pit stop adalah dekat ladang strawberry bersebelahan Equatorial Hotel, name ladang tu tak ingat pulak. Ingat nak bawak Madya Ami pergi petik buah strawberry tapi bila sampai sana nasib tak menyebelahi sebabnya ladang ditutup kerana buah strawberry telah habis dipetik. Hahahaha, sampai habis dah buah dia kene petik. mesti ramai yang datang. Kesian Madya Ami, Tak dapat petik buah strawberry, makan strawberry celup cokelat pun jadi la.

Seterusnya dari sana kami berjalan kaki ke pasar berhampiran. tujuan nak borong sayur segar. Tapi disebabkan kami sampai agak lewat, ada sesetengah kedai yang dah tutup dan ade yang tengah nak tutup. Tpi hasilnya masih lumayan, penuh jugak la satu stroller Dhia Sabrina duk tumpang bawak sayur.
Catch of The Day. tak banyak mana pun, tapi puas hati.
Segar dari ladang.

Lepas shopping sayur, misi diteruskan naik bukit ke Raju farm kalau tak silap namanya, nie kes Madya Ami ternampak komen dalam foursquare yang mengatakan dekat situ ada 'Strawberry Waffle' yang sedap. Misi berjaya. dapat beli 3set strawberry waffle dan 2 cawan fresh strawberry milkshake.

 
Yummy, Strawberry Waffle Rm 6.00 satu.

Seterusnya on the way turun kami singgah dekat Tea Cafe milik Tokey ladang teh Bharat. Cafe ni juga adalah salah satu lokasi penggambaran filem 'Ombak Rindu'. Pemandangan ladang teh yang cantik dapat dilihat dari cafe ni.

Wife dengan Madya Ami

 Lagi-lagi Wife dengan Madya Ami

Kami Sekeluarga

Manja Abah

Kami bertolak balik dari sini tepat jam 07.00pm. Perjalanan pulang tak berapa lancar kerana jalan turun tu terlampau gelap dan mata pulak tak berapa nampak. Lepas tu bila naik highway pulak, hari hujan lebat sampai line kat atas jalan tu pun tak nampak. Selamat tiba di Shah Alam nak dekat pukul 10.00mlm. Still sempat lagi tgk AJL and Tahniah buat Hafiz menang AJL. suara memang sedap. So itu je la story untuk semalam. Bye.


No comments:

Post a Comment